Padah sikap suami gemar mabuk sehingga tidak sedarkan diri, isterinya pula terpaksa menanggung azab apabila wanita malang terbabit mendakwa dia dirogol rakan suaminya itu dalam kejadian berlaku di rumah pasangan itu di sebuah pangsapuri di Taman Sri Batu, di sini.
Malah, rakan suaminya itu juga dikatakan mengambil kesempatan setiap kali mangsa tidur dan lelaki hidung belang itu yang juga dalam keadaan mabuk, menceroboh bilik wanita terbabit.
Difahamkan, dalam laporan dibuat mangsa, kejadian malang itu berlaku empat kali dan kali terakhir minggu lalu dan setiap kali dirogol, wanita terbabit dikatakan dalam keadaan separuh sedar berikutan dia mengambil beberapa jenis ubat.
Menurut sumber, mangsa bekerja sebagai operator pengeluaran dan berusia lingkungan 30-an mendakwa menjadi mangsa rogol rakan suaminya itu setiap kali mereka mabuk.
“Wanita terbabit mendakwa suaminya kerap membawa pulang rakannya dalam keadaan mabuk.
“Apabila mabuk, dia mendakwa suaminya pasti tidak sedarkan diri dan kesempatan itu diambil rakan suaminya apabila dia merogol mangsa,” katanya.
ANDA MAHU LETAK IKLAN ANDA DISINI. CONTACT US !!!