Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi "
Awek call girl " bagi dengan melayan
lelaki kaya,
kacak dan ber
kereta mewah hingga ke
ranjang.
AIZA (bukan nama sebenar), 26, anak ketiga dari lima beradik:
"Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah.
Ketika itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara kepadanya.
Post Link Hot
Klik link dibawah
Saya masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah
hotel tiga bintang.
Saya masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di
hotel, dia beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.
Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.
Bermula hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar.
Saiful anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek.
Jumlah itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima adalah cukup besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia
meratah tubuh saya.
Setahun selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta apabila dipaksa bapanya.
Saya yang seperti ketagih hubungan seks kemudiannya bertaut kasih pula kepada seorang pemain muzik berkumpulan yang terkenal, Azlan.
Hubungan saya dan Azlan hanya sekadar untuk melempiaskan keinginan seks masing-masing dan bukan kerana cinta.
Azlan juga seorang yang agak kaya, kacak dan digilai ramai
gadis ketika itu membuatkan saya bangga diusung ke sana ke mari ketika dia melakukan persembahan jelajah negeri.
Saya berpisah dengan Azlan dua tahun kemudian dan selepas itu saya mula memburu lelaki kaya dan hidung belang tanpa mengira usia, namun tidak bagi lelaki biasa dan tidak berduit.
Ibu dan ayah tidak pernah bertegas dengan saya dan mereka hanya memberi teguran dan nasihat supaya meninggalkan kehidupan penuh dosa itu.
Pada usia remaja, saya tidak perlu bekerja seperti rakan yang lain, telefon saja lelaki yang saya kenal, mereka akan memberi saya wang dengan hanya perlu
melayan nafsu dan tuntutan
batin mereka saja.
Pada suatu hari, saya mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan yang mendakwa
video seks mirip wajah saya tersebar di
internet.
Saya tidak tahu siapa yang menyebarkannya kerana saya sudah tidur dengan beberapa lelaki dan akhirnya saya mengambil keputusan menetap bersama kakak sulung saya yang tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur.
Ibarat lari dari mulut buaya, masuk ke mulut naga, saya sedari sikap kakak dengan saya sama saja. Sebut sahaja nama kelab malam, semuanya kami tahu dan kakak yang bekerja di sebuah butik pakaian juga memperkenalkan rakannya kepada saya, malah ramai juga yang sudah 'cuba' saya.
Dua bulan kemudian, saya bekerja di sebuah butik kecantikan sebagai mengisi masa lapang pada waktu siang. Dengan wang gaji, saya membeli sebuah kereta supaya nampak mewah bagi mengaburi mata lelaki.
Jika lelaki itu kaya, tinggi jugalah habuan yang akan saya dapat asalkan melayan mereka sebaiknya.
Kadang kala, terbit juga penyesalan di hati saya mengenai tahap pendidikan, pekerjaan dan seluruh kehidupan saya.
Ada rakan yang saya jumpa sudah bertudung dan mengenal tikar sembahyang sedangkan saya, membaca surah al-Fatihah pun sudah lupa.
Kakak kedua saya sering menghubungi saya dan kakak dengan menasihatkan kami supaya pulang ke pangkal jalan tetapi semua itu saya balas dengan gelak tawa.
Kini, saya tidak pasti berapa lama lagi kami adik-beradik akan terus berada dalam keadaan tersesat begini, adakah Tuhan akan mengampunkan dosa kami yang sudah jauh tersesat ini."