Isu Call girl tengah hangat diperkatakan sekarang. Kebanyakkan call girl yang menjadi buruan adalah dari kaum melayu. Ikuti cerita sebenar mengenai call girl yang telah hanyut dengan kehidupan yang penuh Onak berduri
Terlupa batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.
Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi "call girl" bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang.
Mungkin perkahwinan yang tidak diberkati, kami bercerai enam bulan kemudian. Dengan gelaran janda pada usia 24 tahun, saya kembali liar dan berpeleseran di kelab malam.
Kegiatan saya lebih rancak selepas Aiza tinggal di rumah saya, malah bekas suami juga sering berkunjung ke rumah bagi menghilangkan rindu sedangkan saya sendiri sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Rizal tetap membayar sewa rumah dan memberi wang perbelanjaan menyebabkan saya sendiri tidak kisah dengan perbuatan itu.
Namun, tidak pernah pula Rizal mencuba Aiza serta menyayangi Aiza seperti adiknya malah dia sering membawa kami pergi bercuti.
Dengan hidup yang bergelumang dosa, adik keempat saya juga sering berkunjung ke rumah saya kerana menyambung pelajaran di universiti tempatan di Shah Alam.
Setiap hujung minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih cenderung secara ringan-ringan.
Saya terfikir, adakah dosa saya ini diwariskan kepada dua adik saya dan apakah ibu bapa masih mahu menerima kami selepas mereka tahu kegiatan kami? Saya dan Aiza tidak berani menjejak kaki ke rumah di kampung dan pulang hanya pada Aidilfitri.
Selepas memohon ampun dan maaf, kami terus pulang ke ibu kota. Panas rasanya berada di kampung."
SHILA (bukan nama sebenar), 24 tahun dan keempat daripada lima beradik:
"Antara lima beradik, saya paling bijak dalam pelajaran malah tidak pernah mengabaikannya. Begitu juga ketika menuntut di universiti, saya hanya bersosial setiap hujung minggu dan turut menerima wang tambahan dari kedua kakak saya bagi membeli keperluan belajar.
Ketika pertama kali pergi ke rumah kakak keempat saya itu, agak terkejut apabila terdapat tiga lelaki ada dalam rumahnya termasuk bekas abang ipar yang sedang berbaring di bilik tidurnya.
Saya tanya kepada Lily, tetapi dia hanya tersenyum dan mendakwa itu adalah perkara biasa jika menetap di Kuala Lumpur.
Pada malam itu, saya dibawa ke sebuah pusat hiburan dan agak kekok dengan suasana baru.
Namun sedikit pun saya tidak berminat menyentuh minuman beralkohol yang dipesan Lily malah beberapa lelaki menawarkan RM400 bagi mencuba saya tetapi saya tolak dengan baik.
Tetapi selepas itu, saya semakin seronok apabila diraba rakan Lily dan Aiza. Akhirnya saya tewas dan terjebak dengan aksi ringan-ringan.
Mereka membayar saya RM300 sebagai duit poket dan jumlah akan ditambah jika saya ikut mereka balik ke rumah tetapi saya masih sayangkan dara saya dan tidak mungkin akan menyerahkannya kepada sesiapa sebelum berkahwin.