Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menubuhkan skuad khas bagi mengesan
umat Islam di negeri itu yang didapati makan dan minum secara terbuka
pada bulan Ramadan.
Pengerusi
Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed Ibrahim
Syed Ahmad berkata skuad itu akan menjalankan rondaan di lokasi-lokasi
tertentu termasuk premis makanan bagi membanteras aktiviti tidak
bermoral pada bulan mulia itu.
"Mereka yang
didapati bersalah kerana gagal menjalankan ibadah puasa akan dikenakan
tindakan tegas seperti termaktub di bawah undang-undang syariah JAIP,"
katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan
Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.
Katanya
tindakan yang sama juga akan diambil terhadap mana-mana premis makanan
yang didapati menjual makanan serta minuman kepada umat Islam kerana
bersuhabat.
p/s : Jadi yang mana kaki ponteng puasa tu jaga-jaga la ye.. ada mata yang memerhatikan anda..
ANDA MAHU LETAK IKLAN ANDA DISINI. CONTACT US !!!