MIRI – Seorang pengawal keselamatan
sebuah kolej swasta di sini ditahan selepas dipercayai merogol seorang
pelajar warganegara Oman di bilik persalinan gimnasium pusat
pengajian tersebut pada tengah malam Jumaat lalu.
Sebelum kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah malam itu, suspek
yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun mengajak
mangsa yang berusia 18 tahun itu pergi ke gimnasium dengan alasan
untuk bersenam.
Mangsa yang pada mulanya tidak mengesyaki helah suspek telah menerima
pelawaan itu dan terus mengikutnya pergi ke gimnasium berkenaan.
Difahamkan, ketika mangsa sedang menukar baju, suspek tiba-tiba
bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya di bilik
berkenaan.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Bertindak atas maklumat dan laporan mangsa, polis berjaya memberkas
suspek pada kira-kira pukul 8 malam sabtu lalu di tempat kerjanya.
“Suspek kini ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan
lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana merogol.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. –
Sumber : mynewshub.my
ANDA MAHU LETAK IKLAN ANDA DISINI. CONTACT US !!!