SAN FRANCISCO - Syarikat ejin pencari gergasi, Yahoo telah memfailkan
saman terhadap laman sosial Facebook di Mahkamah California, kelmarin
selepas mendakwa rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 hak cipta
termasuk kaedah dan sistem pengiklanan yang dihasilkan oleh perintis
Internet itu.
Difahamkan, Yahoo telah melabur dalam jumlah besar untuk penyelidikan
dan pembangunan bagi menghasilkan pelbagai hak cipta teknologi seperti
syarikat pesaing lain.
“Teknologi ini adalah asas kepada perniagaan kami yang telah berjaya
memperoleh 700 juta pelawat sebulan dan semangat inovasi serta
kreativiti dipaparkan menerusi Yahoo,” menurut kenyataan syarikat
tersebut yang berpusat di California.
Sementara itu, jurucakap Facebook yang telah diasaskan pada 2004,
sedekad selepas Yahoo bertapak di dunia siber menyatakan mereka kecewa
dengan tindakan syarikat tersebut.
ANDA MAHU LETAK IKLAN ANDA DISINI. CONTACT US !!!