Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara
tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca
televisyen.
Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah
tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program
keramaian.
Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan
kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu
wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk.
Kemudian dia
menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.
Monique yang
berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa
dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.
Polis mengambil masa kira-kira
tiga jam untuk mengambil keterangan Monique berhubung kejadian itu sebelum
membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Echaniz
akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal
berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan
kesalahan -mynewshub
ANDA MAHU LETAK IKLAN ANDA DISINI. CONTACT US !!!