Semua orang tahu kesihatan dan seks tidak dapat dipisahkan, oleh itu ramai di antara kita yang menghabiskan wang untuk membeli ubat-ubatan, vitamin dan akar-akar kayu yang kononnya dapat meningkatkan keupayaan seks.
Tidak dapat dinafikan ada sesetengah entiti ini yang membantu untuk meningkatkan kesihatan ketika beraksi di atas katil. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat makanan-makanan semulajadi yang boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan seks anda.
Berikut disenaraikan makanan yang boleh membantu anda meningkatkan
prestasi seks anda.
- Tiram
Khas untuk kaum lelaki, Tiram telah dibuktikan secara saintifik dapat menguatkan organ seks lelaki, dan meningkatkan keinginan untuk seks. Tiram juga terkenal sebagai ‘afrodisiak’ semulajadi serata dunia.
- PisangPisang mengandungi enzim bromelain yang boleh meningkatkan daya dan tenaga seksual. Tidak ketinggalan juga pisang mengandungi banyak Vitamin B semulajadi yang boleh meningkatkan daya ketahanan badan anda.
- BawangKajian saintifik membuktikan sejenis bahan di dalam bawang iaitu ‘garlicin’ membantu sistem badan meningkatkan pengaliran darah ke organ seks, secara langsung membuatkan organ seks anda dapat berfungsi dengan lebih baik. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan bawang dapat meningkatkan kepekatan air mani bagi kaum lelaki, tetapi fakta ini belum dapat dibuktikan secara saintifik.
- Daun SaderiDaun saderi atau ‘celery’ mengandungi sejenis enzim ‘adrosterone’ yang bertindakbalas dengan hormon semulajadi lelaki dan membuatkan kaum lelaki berkeinginan untuk seks.
- StrawberiBuah strawberi dikatakan dapat meningkatkan daya imaginasi seks ke tahap yang tinggi. Walaupun tidak dapat dibuktikan, ramai yang percaya dan menggunakan strawberi di dalam teknik foreplay. Jadi jika anda percaya, sudah pasti daya imaginasi seks anda akan meningkat, lagipun semuanya adalah bergantung kepada kuasa minda anda.
- BadamBadam atau ‘Almond’ mengandungi hormon yang boleh merangsang keinginan seks. Bau yang dihasilkan oleh badam juga dikatakan dapat meningkatkan nafsu ghairah kaum wanita. Oleh itu tidak hairan banyak aromaterapi yang menggunakan bau almond di dalam produk mereka.
- CoklatCoklat telah diketahui dapat menjadikan seseorang itu gembira, tenang dan relaks. Oleh itu pengambilan coklat sebelum beraksi akan mempengaruhi prestasi anda ketika berasmara.
ANDA MAHU LETAK IKLAN ANDA DISINI. CONTACT US !!!