NEW DELHI – Kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun
dirogol, dipercayai oleh empat lelaki, dalam sebuah bas di sini Ahad
lalu mencetuskan kemarahan di seluruh India.
Kejadian itu turut membangkitkan kemarahan di kalangan ahli Parlimen
hari ini, yang mendesak agar undang-undang sedia ada dipinda untuk
mengenakan hukuman mati.
Polis telah menahan empat orang termasuk pemandu bas. Dua lagi masih dicari.
“Apa yang kerajaan lakukan untuk menangani kes-kes rogol di ibu
negara?” kata Sushma Swaraj dari parti pembangkang, Bharatiya Janata.
“Perogol hari digantung, kita perlukan undang-undang yang ketat untuk menghentikan kejadian rogol,” kata beliau lagi.
Pada hari kejadian, pelajar perempuan itu dan rakan lelakinya yang
sedang dalam perjalanan itu dipukul, dilucutkan pakaian dan dicampak
keluar dari bas.
Menurut polis, pasangan itu diserang oleh sekurang-kurangnya empat lelaki.
Ketua Polis Delhi, Neeraj Kumar memberitahu pemberita hari ini bahawa
pelajar itu dan rakannya menaiki bas di kawasan Munirka, yang terletak
di selatan Delhi.
“Kawan lelaki pelajar perempuan telah melawan lelaki-lelaki yang
menyerang mereka untuk menyelamatkan pelajar perempuan itu, tetapi
dipukul dengan teruk.
“Pelajar perempuan untuk juga menyelamatkan kawannya, tetapi turut dipukul dan dirogol di bahagian belakang bas.
“Kemudian, kedua-dua mereka dicampak dari bas,” kata Neeraj.
Pasangan itu dimasukkan ke hospital dan wanita itu dipercayai berada dalam keadaan kritikal.
Polis sudah menahan pemandu bas dan beberapa yang lain bagi membantu siasatan.
Angka kejadian rogol di New Delhi lebih tinggi berbanding di bandar lain. Sebanyak 572 kes dilaporkan di New Delhi tahun lalu.
The Times of India mendakwa insiden yang berlaku itu menyebabkan mereka melabelkan New Delhi sebagai kawasan rogol India.
Ketua Menteri Delhi bagaimanapun memberitahu pemberita, kes terbaru ini sesuatu yang paling luar biasa.
“Kami ingin memastikan bahawa pesalah tidak akan dibenarkan untuk
diikat jamin walau apa keadaan sekalipun. Pesalah akan dihukum dengan
hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka,” katanya.
Kata Ketua Menteri, pihaknya akan menimbang semula
keperluan untuk menubuhkan mahkamah ‘fast track’ bagi emmastikan
keadilan yang pantas dapat diberikan kepada mangsa.
Sumber : Sinar